Review: Layar Lara OST

Taken from Filem Kita. Review is in Bahasa Malaysia, translation to be added soon.

Pengulas : BASS
Penilaian : ***1/2

Sebuah filem yang baik dan lagu-lagu dari filemnya juga tidak mengecewakan. Layar Lara membuka ruang baru kepada bekas vokalis Teacher’s Pet – Maman. Beliau sebelum ini dikenali sebagai rocker ala Mr. Big telah memperlihatkan bakat sebagai penggubah dan penerbit album muda yang cukup berpotensi. Bersama mutu vokal yang jauh lebih baik dari puluhan vokalist lelaki seusianya, Maman mempunyai masa depan yang cerah di dalam industri ini.

Pada Bass, mereka yang telah menonton filem ini patut memiliki album ini sebagai ingatan kepada sebuah filem Melayu ’90an yang merakam cebisan kisah hidup segolongan masyarakat yang bergelumang dengan kerja seni. Walaupun turutan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam soundtrack ini tidak menggambarkan keseluruhan jalan cerita Layar Lara, namun Maman berjaya memilih lagu-lagu yang bertepatan dengan konsep keseluruhan. Penglibatan suara dua bakal primadona filem Melayu – Azean Irdawaty (Kalau Mahu Tahu) dan Ida Nerina (Trans Lara) tidak mengecewakan. Lagu dinyanyikan dengan gaya yang tidak profesional tetapi bersesuaian dengan mesej dan mood lagu tersebut.

Salah satu lagi perkembangan yang dapat disaksikan pada perjalanan karier Maman ialah keupayaannya bermain klasikal gitar. Gabungan idea beliau dan susunan lagu bersama pemain seruling Mohar, memberi nafas yang segar pada muzik pop tanahair. Maman hanya perlu lebih serius mencari identiti muzik yang tersendiri agar tidak akan dikaitkan pula dengan muzik yang pernah dikembangkan oleh Zainal Abidin.

Sumber : ROTTW #6 (Mac 1997)

Advertisements

Leave a comment

Filed under Album, Review

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s