Article: Hijrah Maman on Utusan Malaysia

A item on Maman by Joyah that I picked up via Utusan Online  (Utusan Malaysia’s online edition). My thanks to Fara Azman for the heads up and for Joyah for her kind words. To see the original article, please click on the title.

Hijrah Maman

KALAU ada yang masih ingat, tidak berapa lama dahulu Joyah ada menulis mengenai kisah Maman yang akan melahirkan album terbaru berjudul Taqwa.

Album yang menghimpunkan lagu-lagu ketuhanan itu sudah pun berada di pasaran sekarang. Tetapi judulnya bukan lagi Taqwa sebaliknya ditukar kepada Hijrah.

Ia menampilkan sembilan lagu baru dan sebuah trek bonus, Anugerah Cinta (Warisan Wanita 2) dan diedarkan oleh Planet Spiritual di Singapura.

Para peminat tempatan boleh mendapatkan album baru Maman ini pada harga RM48 dan mengikuti perkembangannya di laman https://mamanteacherspet.wordpress.com.

Yang Joyah terharu ialah apabila dapat tahu, setiap pembelian album Hijrah Maman ini ada bahagian yang akan disumbangkan ke sebuah Madrasah Aljunied Al-Islamiah di Singapura yang berusia 81 tahun untuk membaikpulih infrastrukturnya.

Baguslah. Joyah dengar Maman juga sudah banyak berubah. Joyah pun dah lama tak jumpa dengan orangnya sejak dia menyepikan diri dan pulang ke Singapura.

Tapi Joyah dengar April ini bekas penyanyi kumpulan Teacher’s Pet yang popular dengan lagu Warisan Wanita Terakhir itu akan datang ke ibu kota.

Mungkin jika ada kesempatan, Joyah pun mahu bertemu dengan Maman dan bertanyakan mengenai kehidupan masa kininya.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Album, Articles

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s